fbpx

Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga bulan lagi kepada peminjam yang layak.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata keputusan ini diambil kerana kerajaan prihatin dan menyedari terdapat peminjam PTPTN yang masih terkesan dengan pandemik COVID-19 dan belum berupaya membuat bayaran balik pinjaman.

Peminjam PTPTN yang terkesan boleh mengemukakan permohonan melalui portal rasmi PTPTN mulai 5 Jan hingga 31 Mac 2021.

Tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman bermula dari bulan permohonan pelanjutan diluluskan,

Diharapkan pengumuman ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh peminjam PTPTN.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat dengan menghubungi Careline PTPTN di  talian 03-2193 3000 yang beroperasi Isnin hingga Jumaat  dari 9 pagi hingga 5 petang.

[fbcomments]