Seorang bayi perempuan dilaporkan maut dalam keadaan menyayat hati selepas ibunya dipercayai memasukkan anaknya itu ke dalam ketuhar untuk ditidurkan pada waktu siang.

Tidak Sengaja Letak Bayi Dalam Ketuhar

Menurut sumber dari portal Sky News, difahamkan kejadian terbabit berlaku apabila wanita yang dikenali sebagai Maria Thomas dikatakan tidak sengaja meletakkan bayinya itu ke dalam ketuhar untuk menidurkannya di waktu siang, dan bukannya di katil bayi.

Pihak polis memaklumkan pakaian serta lampin yang dipakai mangsa ketika kejadian bertukar hitam akibat terbakar disebabkan suhu tinggi ketuhar dan seluruh rumah bertukar menjadi bau hangit.

Ibu Kepada Bayi Malang Itu Sudah Ditahan Polis

Sementara itu, bapa kepada Maria memberitahu kepada penyiasat kes bahawa anaknya itu telah menghubunginya sekitar jam 1 petang pada dari kejadian, dengan menyatakan rasa kebimbangan dan kerisauan mengenai bayinya.

Sebaik sahaja tiba di kediaman Maria, dia mengesan bau asap dan mendapati bayi tersebut sudah berada di atas katilnya. Maria turut mendedahkan kepada bapanya bahawa dia ‘sedang meletakkan bayinya untuk tidur siang dan tidak sengaja meletakkannya di dalam ketuhar dan bukannya katil bayi’.

Disebabkan oleh kes itu, Maria kini ditahan di Pusat Tahanan Daerah Jackson atas pertuduhan membahayakan keselamatan dan menyebabkan kematian anak.

Kredit: Portal Sky News

[fbcomments]