Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad mengakui individu di sebalik akaun aplikasi perkenalan songsang, Grindr yang didedahkan sebuah portal hiburan baru-baru ini adalah dirinya.
Bagaimanapun, bapa kepada empat cahaya mata itu berkata, dia hanya menggunakan aplikasi berkenaan untuk mempromosikan khidmat urut lelaki dan bukannya sampai ke tahap mengadakan hubungan sejenis.


Dalam Grindr itu memang aku. Nak urut, PM (private message). Kalau nak hisap atau fun (berseronok), aku tak offer (tawarkan).
Kau datang minta nak hisap. Orang itu dah jawab dia tak buat sebab dia tukang urut. Kau balas dengan rasa hampa. Bila dia letak harga, kau pergi tularkan dan cakap dia tawar khidmat hisap
Ujar suami kepada Ina Naim itu lagi, individu yang bertindak menularkan atau mengaitkan namanya dengan aktiviti songsang itu hanya mengumpul dosa sendiri dan berniat tidak baik.


Terdahulu, menerusi laporan sebuah portal hiburan tersebut, bekas penyanyi kumpulan nasyid lelaki didakwa terkait dengan kontroversi menawarkan khidmat songsang kepada pelanggan dengan mengenakan bayaran sebanyak RM100 sekiranya ingin menghisap kemaluannya.
Perbualan itu dipercayai dikongsikan menerusi aplikasi mencari pasangan sejenis.