fbpx

Belum pun reda mengenai kontroversi menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki berstatus suami orang, nama pelakon Fatin Afeefa sekali lagi menjadi perhatian warganet.

Tidak mengaku saudara 

Terbaru, seorang pengguna laman Twitter yang dikenali sebagai @sharizrosee telah mendedahkan bahawa Fatin yang juga merupakan sepupunya telah memutuskan hubungan saudara diantara mereka dipercayai berpunca daripada harta pusaka.

View this post on Instagram

eleh eleh eleh 🙄

A post shared by A F E E F A 🌙 (@fatinafeefa) on

Dedah Shariz lagi, keluarga Fatin tidak mengaku hubungan keluarga mereka kerana enggan umum mengetahui akan kewujudannya.

“Nak tau kenapa fatin afeefa tu tak nak mengaku aku cousin dia? Sebab family dia tak nak kewujudan aku adik beradik diketahui, sebab 1 family dia hidup atas harta arwah mak aku. Seronok diorang flex kemewahan kat socmed atas harta orang lain”

Curi gelang dan rantai emas 

Menurut Shariz lagi, pelakon itu juga pernah mencuri gelang dan rantai emas milik ibunya nya sendiri. Namun, abang kandung Shariz pula dituduh sebagai dalang kes tersebut sehingga menyebabkannya ditahan pihak berkuasa.

Rata-rata pengguna yang lain meluahkan rasa terkejut dengan pendedahan itu kerana tidak menyangka bahawa Fatin dan keluarganya tergamak berbuat demikian.

Malah ada segeintir dari mereka turut mendedahkan beberapa perkara lain mengenai sikap pelakon ini.

[fbcomments]