fbpx

Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai membunuh jirannya yang dikatakan sering mengejeknya sebagai lelaki yang mandul, dalam kejadian di negara jiran, Indonesia.

Bunuh Jiran Sebab Kena Ejek Mandul

Memetik laporan Detik.com, tertuduh yang dikenali sebagai Sudadi Ahmad, 30 yang juga merupakan penduduk Kelurahan Kelapa Tujuh, Kecamatan Kotabumi Selatan, Kabupaten Lampung Utara dilaporkan telah membunuh seorang wanita bernama Sumini, 55, pada 23 Jun lalu di rumah mangsa.

“Mangsa dipercayai dijerut oleh pelaku menggunakan wayar kira-kira jam 11 pagi (waktu tempatan). Perbuatan kejam itu dilakukan di rumah mangsa, hanya 50 meter dari rumah pelaku,” kata polis Lampung Utara yang kemudiannya memaklumkan bahawa tertuduh berjaya ditahan polis setelah ditemui bersembunyi di Desa Tanjungaman, Abung Selatan, pada hari Isnin lepas.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Sudadi, dia bertindak membunuh jirannya itu kerana berdendam dengan mangsa yang sering mengejeknya tidak mempunyai keturunan, selain menghasut isterinya untuk mencari suami lain.

Sudadi kini berhadapan dengan tindakan undang-undang Indonesia di bawah Pasal 365 ayat 3 KUHP, yang membawa kemungkinan hukuman mati atau penjara seumur hidup. Tuduhan ini menunjukkan betapa seriusnya jenayah yang didakwa dilakukan, dan Sudadi mungkin akan menghabiskan sisa hidupnya di penjara jika didapati bersalah.

Kredit: Detik.com

[fbcomments]