fbpx

Akibat berang dan tidak tahan dengan sikap bapa tiri yang sering mendera dan memukul ibunya, seorang remaja lelaki bertindak luar kawalan apabila dia menetak bapa tirinya dengan menggunakan sebuah parang hingga parah.

Tetak Bapa Tiri Kerana Dera Ibu Kandungnya

Berdasarkan sumber yang dilihat dari HarapanRakyat.Com, difahamkan kejadian berlaku di sebuah kampung yang terletak di daerah Garut , Jawa Barat, Indonesia pada 29 Januari lalu. Menurut Ketua Polis Garut iaitu Rinaldo, beliau memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati suspek tidak berpuas hati terhadap mangsa kerana tidak tahan dengan tindakan bapa tirinya yang dikenali sebagai Asep Dadang Irawan yang sering mendera dan memarahi ibunya.

Suspek kemudian telah pergi ke rumah jiran untuk meminjam parang dengan alasan untuk menyembelih seekor ayam. Sejurus mendapat senjata tajam itu, suspek menetak bapa tirinya dengan menggunakan parang berkenaan sehingga mangsa cedera parah sambil ditenangkan oleh penduduk kampung.

“Mangsa selalu memarahi suspek dan ibunya. Perbuatan seperti ini tidak patut dicontohi terutamanya bagi mereka yang sebaya dengan umur suspek,” katanya.

Mangsa Masih Dirawat Di ICU

Tambah sumber lagi, dikatakan mangsa kini masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) hospital tempatan susulan kecederaan parah yang dialaminya di bahagian muka dan leher.

Suspek yang berusia 15 tahun itu dilaporkan sudah ditahan dan bakal didakwa dalam masa terdekat.

Kredit: portal HarapanRakyat.Com

 

[fbcomments]