Seseorang mampu bertindak luar kawalan apabila kesabarannya melebihi had ataupun ingin mencapai hasrat yang sememangnya sudah terpendam lama dalam diri.
Di Indonesia, seorang remaja lelaki telah ditahan oleh pihak berkuasa atas kesalahan membunuh bapa tirinya yang dikenali sebagai Johan Saputra berusia 49 tahun.
Menaniaya ibu dan adik kandungnya
Remaja yang dikenali sebagai Jef itu nekad membunuh bapa tirinya kerana tidak tahan dengan sikap mangsa yang sering kali menganiaya ibu kandungnya itu.
Tak cukup dengan itu, mangsa juga dikatakan sudah dua kali merogol adik perempuannya.
Tikam sehingga mati
Akibat terlalu bengang dengan tindakan bapa tirinya itu, remaja berusia 18 tahun ini telah mengambil tindakan menikam mangsa sehingga mati.
Difahamkan sebelum kejadian itu, suspek dan ibunya ingin ke balai polis untuk membuat laporan mengenai perbuatan mangsa yang telah merogol adik perempuannya sebanyak 2 kali.
Namun, perjalanan mereka telah dihalang oleh mangsa sehinga terjadi pergelutan antara mangsa dan suspek.