Nampaknya cerita mengenai Imam Muda ni belum habis lagi. Baru-baru ini, menerusi satu laporan, Hidayu berkata sebelum itu dia sedar perubahan mendadak suaminya apabila kerap pulang lewat dan adakalanya tidak pulang langsung ke rumah.
Malah, suaminya juga tidak lagi memberi wang nafkah dan jika diberikan hanya mengikut sesuka hatinya. Lebih menyedihkan, ketika PKP dia dan anak beranak hampir terputus bekalan makanan namun bekas suaminya itu tidak pulang ke rumah.

Letak makanan di kotak kasut luar rumah
“Masa PKP memang dia tak balik rumah, kalau dia balik pun suka hati dia nak balik. Hantar makanan pun kadang-kadang dia hantar dekat saya, dia letak dekat dalam kotak kasut dekat luar.
“Jiran rumah saya nampak, dia cakap dekat saya suami hantar makanan. Saya bawa masuk dalam anak saya makan, menangis saya tengok. Dia ada kunci rumah, dia boleh masuk dan hantar.
“Tapi kenapa sampai tak boleh nak tengok. Tak boleh nak tengok dah ke muka kami?”
Pulang ke rumah sesuka hati
Hidayu turut kata ketika bulan puasa pun bekas suaminya itu pulang ke rumah sesuka hati.
“Dia kata perempuan tu boleh layan dia macam raja. Ya Allah, sedihnya saya masa tu, 13 tahun saya kahwin. Bila suami kita cakap macam tu kita rasa macam dah tak ada apa dah untuk kita.”
Sebelum ini, Hidayu mendedahkan Syed Faris memberitahu sudah berkahwin dengan wanita itu pada hujung Januari lalu ketika dia baru melahirkan anak kelima mereka.