Tak dinafikan pasti semua orang mahukan nama yang sedap disebut dan mempunyai makna yang baik. Bagi yang beragama Islam, nama bukan hanya sebagai penanda atau identiti sebaliknya ia adalah doa bagi diri dan hidupannya.
Tapi tak semua orang bernasib baik diberikan nama yang sedap dan baik maksudnya. Ada juga yang terpaksa berdepan malu dan hinaan ekoran nama yang dipilih ibu bapa mereka pada waktu dahulu dilihat tidak bersesuaian.
Inilah juga yang di lalui oleh lelaki dari Karanganyar, Jawa Tengah yang dilahirkan dengan nama Kentut.
Berjaya tukar nama setelah hampir 30 tahun
Setelah hampir 30 tahun menanggung malu jadi bahan ejekan, akhirnya dia mampu menarik nafas lega selepas berjaya menukar namanya kepada Ihsan Hadi.
Difaham keluarganya sebelum ini pernah mencuba untuk menukar kembali namanya selepas Kentut kerap mengadu diejek disekolah namun disebabkan kurang biasa dengan prosedur menukar nama dan sebagainya hajat tersebut kemudiannya terpaksa dilupakan.
Ibu bapa saya hanyalah petani biasa di Karanganyar, Solo, jadi mereka kurang arif mengenai perkara sebgini, akhirya mereka sendiri menganggap ianya tidak boeh dan mustahil.
Kini akhirnya pemohonan lelaki ini diluluskan, seperti yang dimaklumkan oleh hakim, Elly Istianawati.
Menurut lelaki berusia 31 tahun ini, beliau sering diejek dan dibuli oleh kawan-kawannya sejak dari kecil disebabkan namanya itu.
Keinginan untuk menukar namanya menjadi semakin kuat selepas anaknya kerap menangis apabila pulang ke rumah kerana mempunyai bapa yang bernama Kentut.
Pernah suatu ketika, anak saya tidak mahu pergi ke sekolah kerana malu apabila diejek ‘kentut’ oleh kawan-kawannya.