Pelakon Fizo Omar memaklumkan di Instagram, isterinya, Fazeera Nazri sedang hamil dengan kandungan sudah mencecah usia lima bulan.
Fizo atau Wan Hafizol Wan omar, 38 berkata dia menganggap perkara itu seperti rezeki yang tidak disangka memandangkan baru sahaja menyambut kelahiran anak pertama bersama Fazeera 11 bulan yang lalu.
“Syukur Alhamdulillah, another rezeki dari Allah buat kami semua,” tulis Fizo.
Menerusi perkongsian tersebut, Fizo memaklumkan bahawa jarak anak keduanya dengan yang bakal lahir hanyalah 11 bulan.
“Beza Khaleeda (anak kedua) dan adik dia ni 11 bulan je, kilang buka terus produce,” katanya selamba.
Dari video yang dimuatnaik itu, pelakon Rindu Awak Separuh Nyawa berkenaan memberitahu anak keduanya, Wan Khaleeda akan bergelar Kak Ngah manakala anak sulungnya Wan Maryam pula akan mempunyai dua adik.
Menjengah ke ruangan komen, ramai rakan artis dan warga net mengucapkan tahniah buat Fizo dan isteri.
Sekadar info, Fizo dan Fazeera telah mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021. Hasil Perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Khaleeda, 7 bulan. Fizo juga mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu iaitu Wan Maryam, 5 tahun.