fbpx

Perubahan pada fizikalnya yang lebih kurus membuat banyak mulut menuduh Ifa Raziah menjalani pembedahan bariatrik atau buang usus.

Ifa akui bahawa dia terkilan dengan tuduhan tersebut.

“Kenapa la hitam sangat hati tu? Saya tak pernah kacau hidup orang lain selama ini. Yang fitnah saya kata saya buang usus tu mungkin ada masalah dengan diri dia sendiri.

Rasanya semua orang tahu sebab saya dah pernah cerita sebelum ni macam mana saya struggle nak kurus.

Saya tak makan nasi, saya jaga pemakanan. Cuma sekarang saya dah mula makan nasik tiga kali seminggu, itu pun sekali satu hari.”

Apa yang membuatnya lagi kecewa apabila ramai menuduhnya menipu dengan mendakwa produk Solid Molid mampu menurunkan berat.

Saya jual produk Solid Molid kerana saya kurus dengan bantuan produk saya sendiri. Jadi, saya kongsi kepada orang lain untuk kebaikan bersama. Salah ke?

Habis tu sebelum-sebelum ni testimoni yang berjaya kurus, turunkan berat badan dengan Solid Molid tu semua potong usus ke?”

Ifa bagaimanapun menyerahkan kepada Allah apabila ada yang melemparkan fitnah terhadapnya.

“Duk mengata, fitnah saya macam-macam, tak boleh tengok saya ni berjaya sikit, ‘merah mata’! Sampai nak jatuhkan reputasi produk saya, nak rosakkan bisnes saya,”

[fbcomments]