fbpx

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bersedia bertemu dengan semua pihak termasuk pendakwah Ebit Lew bagi membincangkan kaedah terbaik membantu umat Islam ketika PKP.

Pertemuan itu bertujuan mencari penyelesaian terbaik berhubung urusan bantuan yang menjadi polemik rakyat, termasuk umat Islam.

Pemberian boleh dilakukan secara sembunyi atau terbuka

Menurut beliau, pemberian bantuan boleh dilakukan secara sembunyi atau terbuka bergantung kepada keadaan. Nas al-Quran menyebut bersedekah dibolehkan sama ada secara sembunyi atau terang tetapi yang penting bagi kedua-duanya ialah ikhlas.

“Saya mengambil kesempatan mengajak semua pihak, sahabat-sahabat termasuk Ebit Lew supaya bertemu dengan saya untuk sama-sama berbincang ke arah yang lebih baik kerana perkara yang baik itu sudah tentu akan ada ujian dan cabaran.”

Pendakwah itu menjadi kontroversi apabila ada pihak menegur cara beliau menyampaikan bantuan kepada golongan susah dan menayangkannya melalui media sosial.

Sabar dan yakin dengan ujian Allah

Zulkifli berkata, beliau berharap Ebit bersabar dan yakin Allah akan memberikan keadaan yang lebih harmoni bagi meneruskan bantuan untuk semua pihak.

“Kita buang yang keruh dan ambil yang jernih dengan niat untuk membantu saudara-saudara kita,

Diteladani orang lain

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, bantuan secara terbuka juga dilakukan dengan harapan supaya perbuatan itu diteladani oleh orang lain.

“Seolah-olah dengan cara pemberian secara terang-terangan ini menjadi galakan kepada orang lain untuk menghulurkan bantuan,” katanya yang menjelaskan ia adalah perkara yang baik.

Malah, katanya, bantuan yang dibuat secara terang-terangan juga boleh membantu dari segi integriti lebih-lebih lagi pada waktu sekarang banyak dakwaan bantuan tidak sampai kepada golongan sasaran atau diseleweng.

“Jadi apabila tunjuk walaupun secara umum, sekurang-kurangnya menafikan perasaan tak puas hati itu, maka di sini juga penting tetapi betulkan niat dan begitu juga cuba selaraskan dengan pihak bertanggungjawab supaya tidak timbul perkara (syak) wasangka,” katanya.

Sedia bekerjasama

“Kami di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sentiasa terbuka dan sedia bekerjasama dengan ruang lingkup mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (SOP) ketika proses bantuan ini diadakan.

Kita bimbang apa yang kita lakukan mungkin tidak seiring dengan pihak negeri, jadi apabila kita selaraskan dengan memaklumkan kepada mereka sekurang-kurangnya tindakan itu dapat diselaraskan dan bersepadu dan sasaran bantuan juga tidak dinafikan.

[fbcomments]