fbpx

Baru-baru ini tular di laman X yang memaparkan tiga remaja perempuan dari geng ‘Awek Melaka’ telah menunggang motosikal dengan melakukan aksi merbahaya di atas jalan raya sehingga menggugat kerisauan orang ramai.

Buat Aksi Superman Atas Jalan Raya

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @IbuPeri_ di laman X, kelihatan beberapa penunggang motosikal perempuan telah memotong sebuah lori di atas jalan raya sambil melakukan aksi Superman. Kegiatan tersebut bukan sahaja boleh mengundang padah kepada si penunggang, malah pengguna jalan raya yang lain semestinya berkemungkinan boleh terkena tempias gara-gara mereka menunggang motosikal secara merbahaya.

Walau bagaimanapun, kesemua penunggang motosikal yang digelar Awek Melaka ini telah ditahan pihak berkuasa susulan video yang dikongsikan tular di media sosial.

Awek Melaka Ditahan Polis

Memetik laporan Buletin TV3, difahamkan tiga remaja terbabit yang masing-masing berusia 16,17, dan 18 tahun  telah ditahan polis selepas video mengenai mereka tular.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri memaklumkan bahawa pihak mereka berjaya mengesan video tersebut menerusi laman X sekitar jam 5.34 petang, Ahad lalu.

“Bertindak atas maklumat itu, Unit Risikan/Operasi JSPT Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Trafik Daerah (BSTD) Melaka Tengah membuat tangkapan terhadap tiga remaja perempuan di sekitar Bandar Melaka, semalam.

“Mereka berusia 16 hingga 18 tahun. Motosikal Yamaha Y15ZR yang digunakan dibawa ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Tambah beliau lagi, ketiga-tiga suspek ini merupakan ahli kelab Awek Melaka dan sememangnya menetap di negeri berkenaan. Beliau berkata suspek mengakui lebuh raya telah dijadikan tempat untuk melakukan aksi berbahaya kerana terpengaruh antara satu sama lain.

“Sebelum kejadian, difahamkan suspek dalam perjalanan pulang secara konvoi dari sebuah kedai makan di Serdang, Selangor. Suspek mengaku menjadikan lebuh raya itu sebagai lokasi melakukan aksi berbahaya berkenaan kerana terpengaruh antara satu sama lain,” ujajrnya.

Difahamkan, pihak berkuasa juga telah mengeluarkan tujuh saman terhadap suspek terbabit atas pelbagai kesalahan.

Kredit: X IbuPerii_, Buletin TV3

[fbcomments]