fbpx

Sebuah rakaman litar tertutup berjaya memaparkan kes seorang penghantar makanan, Food Panda yang dipukul oleh pelanggannya.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Lorong Seri Impian 8, Alma Pulau Pinang. Punca kejadian dikatakan pelanggan berkenaan tidak puas hati kerana penghantar makanan telah lewat menghantar pesanannya.

Lewat sampai sebab keliru alamat rumah!

Kelewatan penghantar makanan berkenaan dikatakan terjadi kerana terdapat kekeliruan pada alamat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, suspek yang menyedari kehadiran penghantar makanan itu di hadapan rumah bertindak keluar dan memarahinya dengan melemparkan kata-kata kesat dipercayai berunsurkan perkauman.

Lempar wang di lantai

Menurut kenyataan yang diberikan, suspek mengambil piza yang dipesan kemudiannya memberikan bayaran RM50 namun ketika penghantar makanan sedang mengira baki, suspek bertindak agresif dengan memaki hamun rider tersebut sebelum merampas semula wang tunai yang diberikan.

Dia juga  menyerahkan kembali makanan yang ditempahnya itu kerana sudah tidak mahu makanan itu lagi. Disebabkan itu, mangsa memaklumkan kepada suspek bahawa dia akan melaporkan pembatalan makanan terbabit kepada pihak syarikatnya lalu suspek mengambil semula pesanannya dan kembali melemparkan wang di atas lantai.

Dipukul kerana rider tak nak kutip wang tersebut

Suspek kemudiannya mengarahkan mangsa mengutip semula wang baki yang dilemparkan namun lelaki itu tidak mempedulikannya sebelum mangsa diserang suspek.

Lalu suspek terus bertindak menendang badan dan menumbuk bahagian muka mangsa hingga mengalami kecederaan namun tidak serius.

Tidak cukup dengan itu,suspek turut membuang barangan di dalam raga motosikal mangsa yang mengandungi telefon bimbit dan power bank selain mahu menjatuhkan motosikalnya.

“Berang dengan perbuatan melampau suspek dia kemudiannya mengambil tindakan dengan memukul suspek menggunakan topi keledar yang dipakai dan suspek terus melawan. Berlaku pergelutan antara mereka sebelum berjaya dileraikan pemilik rumah berkenaan.” – Jelas Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah.

BACA : “Melayu Babi Dan Miskin” – Lelaki Cina Mengamuk Nak Bayar Di Kaunter

Bahkan menurut maklumat orang awam, suspek juga merupakan individu yang tular baru-baru ini angkara membuat onar di sebuah pasaraya yang berdekatan.

[fbcomments]