fbpx

Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum terutamanya Melayu, Cina, India dan yang uniknya mereka dapat hidup dalam keadaan yang harmoni.

Untuk hidup harmoni, kita perlu memupuk nilai-nilai mulia pada diri termasuklah bersikap sabar. Jika korang sejenis yang tak reti sabar, bukan sahaja dengan masyarakat luar, malah dengan ahli keluarga sendiri pun boleh bergaduh!

Baru-baru ini, viral sebuah video dimana seorang lelaki berbangsa Cina bertindak mengamuk dan menjerit di kaunter bayaran sebuah pasar raya besar.

https://www.facebook.com/watch/?v=293792798566442

Kena marah sebab beli barang dapur banyak

Menerusi tweet gadis dikenali sebagai Dyna, seorang lelaki dipercayai berbangsa Cina ini telah memarahinya dan kakaknya yang ketika itu sedang membuat pembayaran di kaunter.

Pertengkaran mula berlaku apabila lelaki itu marah sebab terpaksa menunggu lama untuk membayar dua botol air mineral, disebabkan Dyna dan kakaknya mengambil masa agak lama kerana banyak barang yang dibeli.

Tapi kan, sebenarnya boleh je kalau lelaki cina itu meminta secara baik untuk membayar dahulu disebabkan barang dia sikit. Tapi apa boleh buat, dia memilih untuk bergaduh dan buat kecoh, padahal benda boleh bincang.

[fbcomments]