Seekor buaya tembaga dengan berat dianggarkan 800 kilogram dan panjang 4.8 meter ditemukan di dalam longkang besar di belakang Sekolah Kebangsaan (SK) ST Edmund dekat Limbang, Sarawak.
Ditembak oleh orang awam
Menurut kenyataan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Limbang ke lokasi kejadian kira-kira pukul 10.59 dan menemukan kedudukan buaya itu di dalam longkang berkenaan.
Katanya, mereka dimaklumkan pihak Sarawak Forestry Corporation (SFC) di lokasi bahawa reptilia ganas itu telah ditembak oleh orang awam, namun ia masih hidup.
🚒👨🚒Bomba Bantu Tangkap Buaya Tembaga 🐊
Khidmat khas membantu pihak forestry Limbang menangkap seekor buaya tembaga…
Posted by Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) on Tuesday, November 10, 2020
Difahamkan, buaya itu terpaksa diangkut mengunakan ‘forklift’ dan seterusnya dihantar ke tempat Penyimpanan Sarawak Forestry Corporation sementara di Kubong.
Sampai kena guna khidmat forklift tu!
Proses pemindahan buaya tembaga oleh Pasukan Bomba dengan bantuan menggunakan ‘Forklift’ dan seterusnya dihantar ke…
Posted by Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) on Wednesday, November 11, 2020