Baru-baru ini tular di laman TikTok yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dipercayai telah menjadi tunangan orang selepas keluarganya bernazar di tanah suci Mekah.
https://vt.tiktok.com/ZSF7rJHnF/
Budak 7 Tahun Jadi Tunangan Orang
Menerusi video yang dimuat naik oleh @ahmadsyahierzaien di laman TikTok, dapat dilihat kanak-kanak perempuan tersebut memperagakan busana berwarna hijau dan hanya mendiamkan diri serta bersalaman dengan para tetamu ketika majlis pertunangannya yang berlangsung di Desa Banjar Tabuluh, Kecamatan Camplong, Madura, Jawa Timur.
Difahamkan, majlis pertunangan kanak-kanak tersebut dibuat selepas keluarganya bernazar di Mekah dan majlis mereka pada mulanya mahu dilangsungkan antara keluarga sahaja. Namun nenek kepada kanak-kanak lelaki itu meminta agar majlis tersebut dilakukan secara besar-besaran selain menjemput ramai tetamu.
“Kerana sudah menjadi nazar yang harus ditunaikan, keluarga sepakat untuk mengadakan pertunangan, untuk mengikat tali keluarga agar tidak hilang,” kata wakil ahli keluarga.
Sementara, ibu kanak-kanak perempuan iaitu Haja Zainab menegaskan bahawa majlis tunangan itu bukanlah bertujuan untuk mempercepatkan pernikahan anaknya. Sebaliknya kedua keluarga sudah bersepakat menikahkan keduanya setelah mereka bersedia kelak.
Kredit: Detik.com, TikTok ahmadsyahierzaien