Isteri kepada pelakon Edika Yusof, iaitu Nor Hidayah Yusri tampil membuat pendedahan mengenai keputusan untuk meneruskan permohonan cerai terhadap suaminya.
Menurut Hidayah, ini bukan kali pertama beliau mengambil langkah tersebut, sebaliknya permohonan itu dibuat selepas beberapa percubaan terdahulu untuk mengesahkan lafaz talak yang didakwa telah berlaku lebih dari sekali.
@ohbulanofficial Moga keputusan nanti membawa ketenangan buat semua pihak #ohbulan #fyp #terkini #news #norhidayah #edikayusof
Nor Hidayah Dakwa Edika Yusof Pernah Lafaz Talak Beberapa Kali
Beliau berkata, walaupun sudah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai pada Disember tahun lalu, Edika menafikan dakwaan tersebut dan turut mengangkat sumpah laknat pada Januari sebagai bukti penafian. Situasi itu membuatkan Hidayah semakin yakin untuk membawa perkara ini ke mahkamah dan meneruskan permohonan cerai secara rasmi.
Pendedahan tersebut dibuat selepas selesai prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam perkembangan sama, anak sulung mereka, Fardeen Nasrulhaq yang turut hadir di mahkamah menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan ibunya. Menurut Fardeen, beliau percaya perpisahan adalah jalan terbaik buat kedua-dua ibu bapanya agar masing-masing tidak lagi menanggung tekanan dalam hubungan.
“Saya yakin ini keputusan terbaik buat mereka berdua. Selagi saya hidup, saya akan jaga ibu seperti biasa,” katanya.
Untuk rekod, sebutan kedua bagi kes permohonan cerai ini telah berlangsung pada Rabu, selepas Hidayah memfailkan permohonan berkenaan pada Februari lalu. Mahkamah menetapkan 5 Mei sebagai tarikh lafaz cerai memandangkan Hidayah berada dalam keadaan tidak suci ketika prosiding dijalankan.
Kredit: OhBulan