Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sedang mengesan usahawan kosmetik, Nur Sajat, bagi melaksanakan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selasa lalu.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengerahkan kira-kira 122 anggota dan pegawai penguatkuasanya untuk mencari dan menangkap Sajat.

Dikenakan waran tangkap

Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman berusia 36 tahun itu telah dikenakan waran tangkap tanpa jaminan selepas gagal hadir ke mahkamah pada sebutan semula kesnya.

Perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh Pengarah Jais.

Mahkamah mengeluarkan waran tangkap tanpa jaminan terhadap usahawan kosmetik itu.

Jadi, saya sudah arahkan anggota penguat kuasa Jais mencari dan menahannya untuk dibawa ke mahkamah.

Beliau berkata, setakat ini Sajat masih belum ditahan dan pihaknya sedang berusaha mengesannya.

Sajat diminta beri kerjasama

Dalam masa yang sama, Jais turut menasihati Sajat supaya memberi kerjasama dan menyerah diri.

Terdahulu, Nur Sajat dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Menurut sumber, waran tangkap itu dikeluarkan Hakim Syarie Mohamad Khalid SHaee @ Shaii.

Bukan bunuh orang

Dalam masa yang sama, Sajat dilihat masih lagi aktif mempromosikan pelbagai produk perniagaanya seperti tiada apa yang berlaku.

Pengikutnya telah bertanya dimana dia bersembunyi, namun dengan tenang dia menjawab tidak perlu bersembunyi kerana kesalahan yang dilakukan bukanlah seperti jenayah membunuh.

Buat apa nak sembunyi? Bukan kita bunuh orang,

Pada 6 Januari lalu, Nur Sajat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berpakaian menyerupai perempuan sewaktu melangsungkan majlis di premisnya. Walau bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

[fbcomments]