Jenama CASIO sememangnya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kepada rakyat Malaysia. Tak kisahlah anda nak gaya korporat, fesyen comel ala Korea ataupun sporty, CASIO ada semuanya.

Kini jamtangan CASIO Vintage yang amat popular di fesyen Eropah juga terdapat di Malaysia. Jam siri vintaj ini amat sesuai kepada golongan pengumpul jam retro dan kaki fashionista terkini.



Dalam dunia fesyen yang sering bertukar dan berkembang, yang dulu dilabel sebagai “out of trend”, kini kembali menjadi “in trend” dan kembali popular terutamanya di kalangan millenial. Gaya 80an seperti polka dot, jeans koyak, baju oversized dan lain-lain dilabel sebagai “fashionable” & berani pada era dulu kini kembali sebagai “timeless”.
Bertemakan vintaj adalah kemewahan baru, jam siri vintaj ini “dilahir semula” dengan reka bentuk vintaj berpadan dengan komponen metalik dan dilengkapi dengan fungsi moden yang membawa aura klasik sebenar.


Gaya retro tetapi padat dengan fungsi kontemporari, jam tangan ini mempunyai jam randik, kalendar, kalis air untuk kegunaan harian, dan lampu LED untuk dibaca dengan mudah dalam sebarang pencahayaan.





Bermula dari harga RM199 sahaja, anda mampu memiliki jam tangan vintaj CASIO untuk melengkapi fesyen harian anda dimana saja sama ada di cafe, temujanji ataupun gathering bersama kawan.

Risau dengan barangan yang dibeli adalah tulen atau tiruan copy ori dalam talian? Anda boleh memastikan keaslian jam tangan anda dengan membeli di kedai rasmi CASIO di Lazada, Shopee. Anda boleh juga mengunjungi kedai rasmi CASIO di Malaysia. (CASIO Vintage tidak dijual di kedai G-Factory & G-SHOCK Store kecuali G-Factory Suria Sabah)
Melalui pembelian di sini, anda akan mendapat jam tangan yang terjamin asli dengan kad waranti khas Macro Corporation di dalam kotak jam. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapat tempoh jaminan tambahan selama 12+12 bulan jika anda mendaftar Macro eWarranty dalam tempoh 14 hari selepas pembelian.
