Selepas tular dengan konflik yang mencetuskan perhatian ramai, CEO Kaki Review akhirnya tampil mengakui kesilapannya dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pempengaruh ulasan makanan, Jason. Langkah tersebut disambut baik oleh netizen yang menganggap isu itu kini menemui titik noktah.

@ceokakireview

assalammualaikum,ak ceo kaki review dengan rasa rendah diri,aku ingin mohon maaf pada jason dengan apa yang berlaku sebelum ni..haritu aku emosi,aku tak kawal..aku minta maaf jason..

♬ original sound – KAKI REVIEW 🇲🇾 – KAKI REVIEW 🇲🇾

CEO Kaki Review Mohon Maaf Secara Terbuka, Konflik Dengan Jason Berakhir

Dalam sebuah video berdurasi 39 saat yang dimuat naik di TikTok, CEO Kaki Review mengakui bahawa kenyataan keras yang dikeluarkannya sebelum ini terhadap Jason berpunca daripada emosi yang tidak terkawal. Dia juga memaklumkan telah menghubungi Jason secara peribadi untuk menyatakan kekesalannya selain meminta pengikutnya menandakan (tag) Jason dalam video berkenaan sebagai tanda keikhlasan.

Lebih daripada sekadar memohon maaf, CEO Kaki Review turut berjanji bahawa insiden sedemikian tidak akan berulang. Dia juga mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada para pengikut Jason yang mungkin terasa dengan pertelingkahan yang berlaku sebelum ini.

Respon daripada Jason tidak mengambil masa yang lama apabila dia dilihat meninggalkan komen positif sebagai tanda menerima permohonan maaf tersebut. Sikap profesional yang ditunjukkan oleh kedua-dua pihak mendapat pujian netizen yang menganggap ia satu contoh matang dalam menyelesaikan konflik secara terbuka.

Di ruangan komen, rata-rata netizen menyokong tindakan CEO Kaki Review kerana berani mengakui kesilapan dan mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Ada juga yang berharap agar permohonan maaf itu dapat menjadi pengajaran kepada individu lain untuk lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan di media sosial.

Kredit: TikTok ceokakireview

 

 

[fbcomments]