Ramadan kali ini merupakan tahun kesembilan buat selebriti Dr Soo Wincci yang turut melakukan aktiviti berpuasa walaupun bukan bergelar Muslim.

Menerusi laman Instagram miliknya, Miss World Malaysia 2008 yang berusia 34 tahun itu meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang berada di tanah air selepas dua tahun berpuasa di luar negara.

“Dah 2 tahun berpuasa kat luar negara, tahun yang ke-9 ini bersyukur dapat balik ke Malaysia untuk berpuasa bersama anda! Selamat bersahur & selamat berpuasa semua,”

Untuk makluman, selebriti berasal dari Selangor itu tidak terlepas untuk menahan lapar dan dahaga setiap Ramadan termasuk melakukan puasa sunat enam pada bulan Syawal.

Tahniah!

[fbcomments]