fbpx

Sekarang ni, ramai muka-muka baru yang berlumba-lumba nak jadi youtuber. Bagi youtuber yang baru nak naik ni , nampaklah macam-macam cara dorang buat untuk naikkan nama dan channel mereka tu.

Tapi perasan tak, kebanyakkan mereka ni suka buat content pelik-pelik dan ntah apa-apa je kadang tu. Terdesak ke?

Tampar muka suami, dapat hadiah

Ramai sedia tahu bahawa pendapatan yang diperoleh andai video tersebut tular dan banyak tontotan, mereka akan mendapat pendapatan yang cukup lumayan.

Seperti yang terjadi baru-baru ini di mana seorang youtuber ini telah buat satu challenge dimana dia telah meminta seorang wanita ni untuk tampar suaminya bagi peroleh hadiah.

Kes pergaduhan besar Abe Mat Viralabe mat viral paksa isteri tampar suami..content babi, paksa bini suh bui napar tok lagi…gilooo..nok sohor gak..agok2 lah…ore tok lapa teh tudung babi demo tuh..Sumber : Friends Of Kelantan

Posted by Luqman Hashim Official on Khamis, 17 September 2020

Walau bagaimanapun, permintaan itu telah ditolak secara baik oleh wanita terbabit. Tapi nampaknya youtuber itu tidak berputus asa dan asyik meyuruh wanita itu lakukan cabaran tersebut dan akhirnya wanita itu bersama suaminya hilang sabar dan naik angin apabila mereka rimas dengan permintaan youtuber itu.

Tak hormat orang lain

Wanita terbabit memarahi youtuber itu dan suaminya juga menolak jurukamera kerana tidak selesa dengan keadaan itu.

Nampaknya, masih ada lagi YouTuber yang tidak menjaga sensitiviti orang lain demi content merapu mereka sehingga mengundang rasa tidak selesa dalam masyarakat.

Hanya lakonan

Perkongsian video ini telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata turut merasa tidak senang dengan tingkahlaku YouTuber itu. Ramai mula mengecam dia nampaknya!

Tak kurang juga ada yang beranggapan bahawa video tersebut adalah sebagai salah satu marketing untuk saluran YouTube lelaki tersebut.

[fbcomments]