fbpx

Pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Puteri Sarah menarik nafas lega apabila konflik rumah tangganya selama empat tahun bakal berakhir.

Puteri Sarah mengaku dia telah berusaha sehabis baik bagi mempertahankan rumah tangga yang dibina sejak sembilan tahun lalu. Namun, nampaknya sampai di sini saja usia perkahwinan mereka apabila Puteri Sarah telah memfailkan penceraian terhadap suaminya Syamsul Yusof hari ini.

“Bukan sedih tetapi lega. Cukuplah sembilan tahun saya bergelar isteri kepada Syamsul dan nampaknya tiada rezeki lagi.” katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Mahkamah tetapkan sebutan kes pertama pada 7 Mac

“7 Mac itu sangat signifikan sebab 8 Mac ialah tarikh ulang tahun perkahwinan saya. Tarikh ini pun mahkamah yang tentukan,”

“Sarah sudah jalankan tanggungjawab dengan terbaik. Sarah juga sudah berbincang dengan keluarga termasuk mentua, berjumpa ustaz dan melakukan solat istikharah agar diberi petunjuk.

“Inilah yang terbaik dan Allah sudah tunjukkan jalan,” katanya.

Puteri Sarah lega prosiding memfailkan perceraian selesai dengan lancar, malah, mengumpamakan suatu beban sudah terlepas daripada bahunya.

Kredit: Kosmo!

“Saya sangat lega… Alhamdulillah. Bagai suatu beban lepas daripada bahu dan semuanya selesai menjelang 10 hari sebelum saya dan anak-anak mengerjakan ibadat Umrah,” katanya.

Selain itu, pelakon drama Suri Hati itu mendedahkan suaminya telah ‘unblock’ dalam aplikasi WhatsApp pada 10 Januari lalu selepas pengarah tu memuat naik video kedua di Instagram.

“Dia sudah ‘unblock’ selepas muat naik video kedua dan dia ada ajak berbincang tetapi saya nak selesaikan semuanya hari ini.

“Kami tidak bertemu lagi setakat ini sebab masing-masing sibuk dengan penggambaran.

“Dia ada hubungi semalam tetapi isinya saya tidak boleh kongsikan kepada umum,” ujarnya.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan dan Summayah, tiga tahun.

[fbcomments]