Seorang lelaki yang juga merupakan pemandu perkhidmatan e-hailing ditahan polis selepas disyaki menculik dan memeras ugut seorang penumpangnya baru-baru ini.

Peras Ugut Penumpang Sebab Terdesak Nak Kumpul Duit Kahwin

Berdasarkan Ketua Polis Jakarta Barat iaitu Pesuruhjaya M Syahduddi, beliau memaklumkan bahawa pemandu e-hailing yang bernama Michael Gomgom, 30, telah mengugut seorang penumpang yang dikenali sebagai Cindy Pangestu selepas menjemputnya di sebuah pusat beli belah pada 25 Mac lalu.

“Motif utama penjenayah mengugut dan meminta wang kerana terdesak untuk mengahwini teman wanitanya,” kata Syahduddi sambil menjelaskan suspek mempunyai rancangan untuk berkahwin dengan teman wanitanya pada bulan April ini.

Suspek Ugut IDR 100 Juta (RM29K) Daripada Mangsa

Tambah Syahduddin lagi, difahamkan selepas mengambil mangsa dari lokasi, suspek memandu seperti biasa sebelum dia mengubah laluan. Suspek memberitahu mangsa bahawa dia mengalami sesak nafas, namun ianya adalah helah semata-mata untuk memeras ugut mangsa.

Suspek telah meminta wang sebanyak IDR 100 juta (RM29,637) daripada mangsa dan mengugutnya untuk campak mangsa ke dalam sungai jika permintaannya tidak didengari.

Mangsa kemudiannya bertindak untuk lari dan membuka pintu kereta ketika kenderaan sedang bergerak perlahan sebelum dia meminta pertolongan daripada orang sekeliling.

Kredit: portal Serambinews

[fbcomments]