Sebelum ini kecoh di media sosial apabila seorang pengguna mendakwa mee kari di sebuah restoran terkenal berstatus halal telah menggunakan daging babi dalam masakannya.


Lantaran itu, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menyerbu sebuah restoran terkenal tersebut dan mengambil sampel daging tersebut untuk diperiksa.

BACA: Restoran Terkenal Didakwa Hidang Mi Kari Mengandungi Daging Babi

Tiada DNA babi, hanya ayam

Walau bagaimanapun, difahamkan bahawa tiada unsur asid deoksiribonukleik (DNA) babi dikesan dalam sampel daging yang dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk analisa susulan rakaman video yang mendakwa mi kari mengandungi daging babi yang dihidangkan oleh sebuah restoran.


Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, hanya DNA ayam yang ditemui dalam sampel berkenaan.

Melalui keputusan analisa terbabit, pihak restoran yang disiasat tidak melakukan kesalahan atau melanggar undang-undang di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 atau Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011.

Pengguna perlu lebih bertanggungjawab

Dalam masa yang sama, pihak KPDNHEP turut menyeru kepada pengguna agar sentiasa bertanggungjawab dalam tindakan menyebarkan berita atau isu yang tidak sahih melalui laman media sosial.

Tindakan itu boleh mendatangkan kesan negatif dan tidak adil kepada pihak yang berkenaan.

Iskandar berkata, orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat atau menyemak berkaitan dengan isu halal oleh pihak pengusaha makanan dan minuman seharusnya hubungi terus talian hotline 1-800-886-800 atau 03-8882 6088 atau melalui web KPDNHEP atau bole juga disalurkan melalui aplikasi WhatsApp di talian 019-2794317 supaya tindakan sewajarnya boleh diambil.

[fbcomments]