Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini. Begitulah seperti yang dialami salah seorang bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-5 ini, Nonny Nadirah yang menjadi bualan hangat netizen baru-baru ini apabila dia tiba-tiba muncul dengan gambar seksi sedangkan dia sudah bertudung.


Berikutan dakwaan tersebut, rakan-rakan industrinya prihatin dan memberi pesanan buat pelantun lagu ‘Runtuh’ itu agar sentiasa kuat menempuhi segala ujian dan dugaan dari Tuhan.

Susulan daripada segala perhatian diberikan oleh rakan-rakan artis, baru-baru ini Nonny dipercayai telah memadam gambarnya itu di laman sosial Instagram.

Bukan itu sahaja, Nonny turut dilihat memadam ‘profile picture’ di Instagram. Jadi, tindakannya itu telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.


“Syukur Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. @nonnynadirah jom mujahadah lawan jangan tak lawan!” tulis Mila menerusi gambar di Insta Story.

[fbcomments]