Usahawan terkenal iaitu Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kesal apabila lagu raya nyanyiannya berkemungkinan tidak dapat dikeluarkan pada tahun ini kerana beliau telah menjadi mangsa penipuan seorang komposer yang tidak didedahkan identitinya.
Komposer Buat Hal
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Aliff di laman Instagram miliknya, Aliff mendakwa komposer yang membantunya untuk mengeluarkan lagu raya pada tahun ini telah memberikan lirik lagu berkenaan kepada penyanyi lain.
“Maafkan saya, komposer buat tahi. Curi lagu dan lirik beri kepada artis lain. Maaf semua sebab kecewakan korang, saya mungkin tak dapat keluarkan lagu raya tahun ini,” tulisnya kesal.
Dalam pada itu, usahawan yang berusia 36 tahun ini juga turut meluahkan rasa kecewa terhadap industri muzik Malaysia kerana bakat nyanyiannya tidak pernah dihargai. Oleh yang demikian, Aliff memaklumkan bahawa beliau mahu membawa diri dan mengembangkan lagi bakat nyanyiannya ke luar negara.
“Saya kecewa dengan industri muzik Malaysia yang tidak pernah menghargai bakat saya. Saya terpaksa membawa diri untuk menunjukkan bakat saya ke luar negara di mana rakyat mereka lebih menghargai saya,” tulisnya lagi.
Reaksi Netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan komen bahawa mereka berterima kasih kepada komposer terbabit dan ramai dalam kalangan mereka juga secara sinikal berpura-pura sedih dengan perkhabaran tersebut.
Kredit: Instagram aliffsyukriterlajaklaris