fbpx

Datin Shahida yang baru sahaja menyambut hari kelahirannya yang ke 35 baru-baru ini di salah sebuah pusat anak yatim nampak semakin happy dan bahagia di samping anak anak.

Datin yang selalu memuat naik gambar bersama anak anak di ruangan instagramnya sering mencuri perhatian netizen apabila rata rata pengikutnya sangat suka dengan gelagat anak anaknya terutamanya si kecil Yusof dengan anak angkatnya Ameena.

Ditanya adakah Datin failkan cerai?

Isteri kepada usahawan kosmetik popukar Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid enggan memberikan komen terhadap dakwaan dia sudah memfailkan perceraian di mahkamah.

Menurut Harian Metro, Datin ada memohon maaf kerana tidak dapat memberikan komen lanjut mengenai status rumah tangganya.

“Bab rumah tangga saya tak nak komen. Minta maaf ya.”

Ditanya adakah semua anak-anak berada dengannya ketika ini, Shahida hanya menjawab ‘ya’ menerusi aplikasi WhatsApp.

Respond Datuk Aliff

Menurut Harian Metro lagi, ketika menghubungi Aliff mengenai perkara itu, beliau turut tidak mahu mengulas lanjut.

“No komen”, katanya kepada Harian Metro.

Kisah rumah tangga Alif dan Shahida mula menjadi bualan hangat apabila kedua mereka sudah tidak lagi saling mengikuti di Instagram.

Menguatkan lagi spekulasi mengenai masalah rumah tangga mereka apabila Aliff muncul menerusi lagu Cuba Bahagia yang bercerita mengenai lelaki yang dahagakan kebahagiaan dalam hidup daripada orang disayangi.

[fbcomments]