Pelakon dan usahawan, Kiah Propa, membuat keputusan besar dalam hidupnya apabila dia mengambil keputusan untuk menikahi semula bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail, dalam sebuah majlis sederhana pada Sabtu lalu.
Langkah ini diambil selepas bekas suaminya disahkan menghidap kanser leher, hanya seminggu sebelum mereka disatukan semula.
@kiahpropaviral 8 TAHUN DUDA AJAK AKU NIKAH BALIK DIA TAK PUTUS ASA….MASA TU DIA SIHAT ALU TAK NAK MALAH AKU DAH SELESA HIDUP SORANG TP JODOH AKU NGAN DIA NI PANJANG PULEKKK ….KALI NI DIA SAKIT AKU TERIMA DIA INSY SEBAB AKU NAK JAGA DIA DAN BATASKAN AURAT…NAHH JADI PENGANTIN KAU DUDA… PERMINTAAN DIA SEBELUM TUTUP MATA KATANYA….DOAKAN KAMI…..#kiahpropa #fyp #viral
Rujuk Semula Dengan Bekas Suami Demi Kebajikan Bersama
Menurut Kiah atau nama sebenarnya Siti Rokhaida Abdul Khalil, 45, keputusan itu lahir daripada keikhlasannya untuk menjaga bekas suaminya yang kini berdepan dengan ujian kesihatan yang serius. Menerusi satu hantaran di TikTok, Kiah mendedahkan bekas suaminya telah lama menyuarakan hasrat untuk rujuk, namun ketika itu dia tidak bersedia.
“Lapan tahun, duda aku ajak aku nikah balik. Dia tak putus asa. Masa itu dia sihat, aku tak nak malah aku dah selesa hidup seorang tetapi jodoh aku dengan dia panjang pula,” dedah Kiah.
Tambahnya, pernikahan ini juga bertujuan untuk memastikan kebajikan dan aurat suaminya terpelihara, selain memenuhi permintaan lelaki itu untuk menjalani hari-hari terakhirnya bersama.
“Saya terima dia semula bukan kerana simpati semata-mata, tetapi kerana kasih sayang yang masih ada. Ini adalah cara saya menghormati permintaannya sebelum dia menutup mata,” jelas Kiah.
Keputusan tersebut turut membawa kegembiraan kepada dua anak perempuan mereka yang selama ini melihat ibu bapa mereka hidup berasingan. Kedua-duanya menyambut baik penyatuan semula ini dan gembira melihat keluarga mereka kembali bersatu.
Kiah dan Nazri sebelum ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2011, namun berpisah selepas beberapa tahun bersama. Meskipun berpisah, hubungan mereka kekal baik demi anak-anak, yang kini menjadi antara penyokong terbesar mereka.
Rata-rata netizen memuji tindakan Kiah yang dilihat penuh keikhlasan dan sifat tanggungjawab. Ramai turut mendoakan kesejahteraan suaminya serta mengharapkan pasangan itu diberikan kekuatan untuk menghadapi cabaran mendatang.
Kredit: TikTok kiahpropaviral, mStar