Pasangan suami isteri direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Flat Ampang Jajar Permatang Pauh.
Kanak-kanak terbabit diselamatkan oleh pembantu khas ADUN Perai selepas menerima maklumat mengenai penderaan ke atas mangsa daripada penduduk flat terbabit.
Mangsa kini ditempatkan di wad kanak-kanak Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan pemeriksaan lanjut akan dibuat oleh pakar kanak-kanak.
Bapa positif dadah
“Hasil ujian air kencing terhadap suspek lelaki berusia 36 tahun yang juga bapa mangsa mendapati dia positif methamphetamine. Bagaimanapun, berdasarkan siasatan setakat ini hanya mangsa sahaja yang didera dan tiada membabitkan adik-beradiknya yang lain.”
Mangsa yang juga anak sulung daripada dua beradik seibu sebapa ditemui dengan kesan kecederaan serius di muka sehingga menyebabkannya sukar membuka kedua-dua belah mata.
Tidak bersekolah
Mangsa tidak bersekolah sejak tinggal dengan ibu tiri dan bapa kandung di flat berkenaan tahun lalu, serta mempunyai tujuh lagi adik hasil perkahwinan bapanya dengan wanita terbabit.
Nik Ros Azhan berkata, mangsa dipercayai didera menggunakan objek tumpul seperti topi keledar, kayu dan penyangkut baju.
Bapa dan ibu tiri mempunyai rekod jenayah
Semakan rekod lampau ke atas wanita berusia 38 tahun itu mendapati suspek pernah terbabit dengan satu kes jenayah di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, manakala bapa mangsa mempunyai empat kes jenayah dan empat kes dadah.