Siapa yang tidak sedih apabila menyambut hari ulang tahun kelahiran dalam suasana duka apabila insan tersayang pergi menghadap Ilahi.
Bukan mudah untuk Fad Bocey atau Muhammad Fadzlie bin Mohd Nizam untuk menghadapi dugaan ini apabila sahabatnya, Abam Bocey meninggal dunia ketika dia berada di Jepun dan tidak dapat menatap jenazah buat kali terakhir.
Sambut hari lahir di kediaman Abam
Fad telah menyambut hari lahirnya yang ke-29 di kediaman allahyarham Abam bersama sahabat handai dan juga keluarga Abam secara sederhana seusai majlis tahlil.
Patutnya Abam yang ingin lakukan kejutan
Melalui perancangan awal, Abam sendiri akan melakukan kejutan dan mengucapkan selamat hari lahir buat Fad, namun ia tidak berlaku apabila dia telah pergi terlebih dahulu.
“Fad, aku wakil arwah Abam yang sepatutnya selalu sambut hari jadi kau, hari ni dia tak ada Fad. Dia tak ada, dia dah pergi. Aku, kau ngan Achey adalah adik beradik yang tak ada ganti. Dia tak ada tak bermakna kami lupa.
Dia janji nak sambut hari jadi kau, tapi malam ni dia tak ada. Aku ada Fad. Kita baik ramai sayang.”