Tular di media sosial memaparkan seorang penghuni di rumah jagaan orang tua berkongsi kisah peritnya dengan mendakwa ‘dibuang’ oleh sembilan orang anak.

Menerusi laporan eksklusif Buletin TV3, warga emas tersebut yang dikenali sebagai Zarah Ahmad mendakwa diabaikan oleh anak-anaknya ketika menerima rawatan di hospital akibat terjatuh, sebelum dirujuk ke rumah jagaan itu sejak sebulan lalu.

“Anak2 tak mahu mabil tahu pasal saya…”

Difahamkan warga emas tersebut berusia 83 tahun dan dia terkilan dengan tindakan anak dan menantu yang mendakwa dirinya tidak diambil peduli selepas suaminya meninggal dunia pada tiga tahun lalu.

Saya mati atau hidup ke, mereka tak mahu datang melawat…

Berikutan tular kisah warga emas ini, seorang wanita Normala Shamsuddin telah tampil dan mendakwa dia merupakan salah seorang menantu kepada Zarah dan tampil menjelaskan situasi sebenar.

“Bukan anak2 buang dia, tapi dia yang buang anak2..”

[fbcomments]