Pelakon Diana Danielle dengan tegas menolak kenyataan suaminya, Farid Kamil, yang mendakwa mereka masih berhubung dan tinggal sebumbung.
Sudah Tidak Berhubung Dan Tidak Mahu Hidup Sebumbung Lagi
Diana, melalui satu kenyataan di Instagram Stories, turut meminta Farid segera berpindah dari kediaman mereka bagi memberi laluan kepada proses perceraian yang bakal dihadapinya.
“Kami tidak bercakap on the phone semalam. Dan saya sudah beri notis dalam Whatsapp untuk dia pindah rumah secepat mungkin kerana akan lalui process perceraian.
“Saya tak akan benarkan hal yang tak pernah berlaku dikatakan berlaku, dan saya juga tidak mahu sebumbung lagi seperti yang sudah dimaklumkan sendiri kepadanya. Sila hormati,” jelas Diana.
Sebelum ini, Farid menyatakan bahawa hubungan antara mereka masih baik, dan menyifatkan isu yang timbul hanyalah perselisihan kecil. Namun, pada Isnin lalu, Diana membuat kejutan apabila menyatakan hasrat untuk memfailkan perceraian buat kali kedua, melalui hantaran di Instagram.
Sebagai rekod, pasangan ini pernah bercerai talak satu pada 10 Ogos tahun lalu melalui Google Meet, namun mereka rujuk semula sebulan kemudian. Diana dan Farid mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua anak, Muhammad, 11 tahun, dan Nur Aurora, 9 tahun.
Kredit: Sinar Harian