fbpx

Baru-baru ini kecoh di negara jiran apabila seorang kakitangan syarikat pembersihan digemparkan dengan penemuan sebuah beg bagasi yang berisi mayat seorang wanita yang ditinggalkan di dalam belukar dalam kejadian di Jalan Kalimalang, Bekasi, Indonesia.

Wanita Dibunuh Dengan Kejam

Berdasarkan sumber yang dipetik dari portal Serambinews, difahamkan mangsa dikenal pasti sebagai Rini Mariany, 50, dan dilaporkan hilang sehari sebelum penemuan mayatnya pada 25 April yang lalu. Menurut polis, ketika pemeriksaan dilakukan, mangsa masih berpakaian kerja selain terdapat sejumlah wang bersamanya di dalam bagasi berkenaan.

Berdasarkan fakta kes, difahamkan pada tanggal 24 April, mangsa hadir ke pejabat seperti biasa dan diberi tugas untuk memasukkan wang syarikat ke dalam bank yang terletak tidak jauh dari tempat kerjanya. Bagaimanapun selepas menyiapkan tugasannya, mangsa dikatakan tidak kembali ke pejabat sehingga akhirnya mayatnya ditemukan di dalam beg bagasi pada keesokan harinya.

Suspek Berjaya Ditahan Polis

Terbaharu, pihak polis dilaporkan telah berjaya menahan suspek pembunuhan pada Rabu semalam susulan penemuan mayat seorang wanita di dalam beg bagasi dan hasil siasatan mendapati suspek adalah pelaku kejadian.

Hal ini dibongkarkan apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakamnya yang memakai baju bewarna biru tua sambil membawa beg bagasi ke suatu tempat dalam keadaan yang mencurigakan.

Menurut keterangan daripada sepupu mangsa, mangsa merupakan ibu kepada seorang anak dan kini sedang dalam proses penceraian, serta tinggal berasingan dengan suaminya.

“Kami curiga kerana arwah dalam proses untuk bercerai dan arwah tidak mahu rujuk,” jelas sepupu mangsa.

Kredit: Serambinews

[fbcomments]