fbpx

Seorang lelaki berusia 56 tahun dilaporkan maut dan mayatnya dijumpai tanpa kepala serta hanya berseluar dalam ditemui di sebuah rumah yang terletak di ladang getah di Songkhla, Thailand baru-baru ini.

Mayat Tanpa Kepala Ditemui Di Dapur

Menurut laporan The Thaiger, pihak polis memaklumkan bahawa mereka menemui mayat mangsa yang dikenali sebagai Wichai terbaring di bahagian dapur rumahnya dalam keadaan separuh bogel dan kepalanya terputus. Pihak polis turut mempercayai mangsa telah meninggal dunia selama empat hari sebelum mayatnya dijumpai dan mengesyaki mangsa dibunuh oleh anak kandungnya yang bernama Tiwakorn.

Hasil siasatan awal mendapati mangsa hanya tinggal berdua bersama anak lelakinya itu. Difahamkan ketika penemuan mayat mangsa, jiran memberitahu suspek dilihat meninggalkan rumahnya sebelum ketibaan polis.

Suspek Ditahan Polis Dan Ada Sejarah Penyakit Mental

Susulan laporan yang diterima, suspek telah ditahan polis untuk siasatan lanjut. Semasa sesi soal siasat dijalankan, suspek memberitahu bahawa dia tidak tahu tentang kejadian tersebut dan mendakwa dirinya berada di rumah ibunya sejak 9 April yang lalu.

Suspek turut mempunyai sejarah penyakit mental dan penyalahgunaan dadah. Walaubagaimanapun beliau telah menerima rawatan pada lapan tahun yang lalu kerana masalah mental, akan tetapi simptomnya itu kadang kala muncul semula.

Polis juga merampas beberapa barangan bukti untuk membantu siasatan.

Kredit: portal The Thaiger

[fbcomments]