fbpx

Menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal bukanlah perkara yang mudah. Walaupun terpaksa menjalani kehidupan saat-saat getir berperang dengan perasaan serta sekeliling, namun dalam masa yang sama sebagai ibu kena pastikan keperluan anak-anak sentiasa terjaga.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini, dimana seorang wanita bersama enam orang anaknya yang terpaksa tidur di dalam kereta selepas dia kehilangan tempat tinggal.

Ditinggal suami dan diusir dari rumah

Menerusi perkongsian di Facebook, Lembaga Zakat Selangor, difahamkan, ibu muda berusia 30 tahun telah diceraikan oleh suaminya, kerana tiada wang untuk membayar sewa yang tertunggak, wanita itu dan anak-anaknya diusir pula oleh tuan rumah.

VIRAL : Ibu dan anak kecil tidur dalam kereta setelah diceraikan suami dan diusir pula oleh tuan rumah kerana sewa…

Posted by Lembaga Zakat Selangor on Isnin, 22 Jun 2020

Diberhentikan kerja

Seperti jatuh di timpa tangga. Sudahlah diceraikan suami, ibu tunggal ini juga difahamkan tidak mempunyai pekerjaan setelah diberhentikan oleh majikan sejak Mac 2020 kerana PKP.

Menghidap kanser dan 2 anak pula sakit

Ujian demi ujian menimpa. Beliau pula disyaki menghidapi kanser payu dara tetapi belum menerima rawatan susulan lagi.

Manakala anak yang berumur 2 tahun mempunyai masalah jantung berlubang dan masih menerima rawatan susulan di Hospital Serdang 2 kali setahun. Anak yang berumur 5 bulan pula menghidapi ketumbuhan di leher namun belum dapat dikenalpasti. Rawatan susulan di Hospital Selayang.

Menunggu bantuan

Terkini beliau dan anak-anak ditempatkan di sebuah hotel di Bukit Beruntung yang dibiayai oleh NGO Darul Jariyah.

Zakat Selangor menyalurkan sumbangan kecemasan RM500 bagi menampung keperluan pemohon dan anak-anak sementara menunggu bantuan susulan dalam masa terdekat.

[fbcomments]