fbpx

Penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin, menghadapi detik penuh dugaan apabila suaminya, Dr. Rushdi Ramli, membuat keputusan yang mengejutkan ramai pihak dengan melafazkan cerai talak satu tanpa sebarang angin atau ribut melalui satu rakaman video.

Video di bawah:

https://www.instagram.com/reel/C-kXVCYpW8c/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==

Lafaz Cerai Melalui Video

Dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, Dr. Rushdi, yang juga merupakan seorang pensyarah kanan di Universiti Malaya mengumumkan penceraian itu dengan kata-kata yang penuh dengan nada keagamaan.

“Saya yang bernama Rushdi Ramli, dengan ini menceraikan dan mentalakkan isteri saya, Wan Norafiza Ariffin dengan talak satu kerana Allah,” lafaznya.

Sementara itu, Nora, yang juga ibu kepada empat orang anak hasil perkahwinan pertamanya dengan Allahyarham Johan Nawawi, akhirnya tampil memberi penjelasan melalui Instagram Story.

Dalam luahan hati yang penuh emosi, penyanyi berusia 51 tahun itu menegaskan bahawa keputusan berpisah tersebut bukanlah atas kesalahan suaminya. Menurutnya, Dr. Rushdi hanya mengikuti arahan yang diterima tanpa mendedahkan siapa yang memberi arahan tersebut.

“Ustaz (suami) tidak bersalah. Dia hanya mengikut arahan yang diberikan padanya. laitu melepaskan saya tanpa sebarang sebab dan juga merakamkan video sebagai bukti. Saya tergamam tak terkata. Cukuplah Allah bersamaku,” tulisnya.

Sebagai latar belakang, Nora pertama kali mendirikan rumah tangga dengan komposer terkenal iaitu Allahyarham Johan Nawawi pada tahun 1992. Pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata sebelum Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.

Beberapa tahun selepas itu, Nora menemui cinta kedua apabila mengikat tali perkahwinan dengan Dr. Rushdi Ramli, seorang Pensyarah Kanan di Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya, yang juga merupakan sahabat baik arwah suaminya. Malangnya, perkahwinan kedua ini berakhir dengan perceraian yang tak diduga.

Kredit: Instagram itsnoraariffin

[fbcomments]