Kontroversi mengenai usahawan terkenal Neelofa dan pendakwah muda, PU Riz semakin hangat diperkatakan dalam kalangan warganet.


Ada juga yang menyatakan selebriti jelita itu sudah berkahwin dan diwalikan oleh bapaya bersama PU Riz di Kelantan, namun dakwaan itu sudah disangkal oleh Neelofa.

Enggan beri penjelasan

Memetik laporan Kosmo! Online pula, bapa Neelofa iaitu Mohd. Noor mengakui ‘dikejar’ oleh pihak media namun hanya memilih untuk berdiam diri tanpa sebarang komen.

Saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara itu. Saya juga tidak mahu bercakap apa-apa mengenai perkara ini.

Cukup dengan apa yang Neelofa dah sebut. Tidak perlu saya tambah apa-apa lagi.

[fbcomments]