Penyanyi Shila Amzah dikejarkan ke hospital selepas konsert sulungnya Journey To The Future Live Tour yang berlangsung di Plenary Hall, KLCC semalam.
Konsert jelajah yang bermula di KLCC tersebut diadakan selama dua jam dengan menampilkan 40 buah lagu yang dinyanyikan oleh Shila secara ‘medley’.
Tewas selepas konsert pertama
Menurut perkongsian Shila dan kekasihnya, Ubai Mz, difahamkan pelantun lagu Patah Seribu itu diserang asma dan terpaksa mendapatkan rawatan nebulizer serta drip.
“Gagal,”tulis Shila di Instagram story miliknya.
Ubai atau nama penuhnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, dilihat setia menemani Shila sepanjang menerima rawatan di hospital.
Malah, Ubai turut mendoakan agar Shila kembali sihat selain menyertakan beberapa buah lagu dalam hantarannya di Instagram.
Selain Kuala Lumpur, Shila turut mengadakan konsert di Sabah, Pulau Pinang, Singapura dan dua konsert di Indonesia.
Terdahulu, kisah cinta pasangan ini tular selepas mereka tampil membuat penjelasan menerusi siaran Live di TikTok @ubaimz.
Kredit: Oh My Media