Meskipun diuji dengan kejadian pecah masuk di salah sebuah cawangan pasar raya miliknya beberapa hari lalu, penceramah dan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew tetap menguatkan semangat dan meneruskan perjuangannya.
Malah 2 hari lepas, beliau ada memaklumkan sendiri bahawa dia bakal membuka 30 lagi cawangan Elews Mart sebelum menjelang hujung tahun ini.
Beliau turut meminta orang ramai untuk mendoakan agar perancangannya itu dipermudahkan oleh Allah SWT.
Mengenai status Ustaz Ebit ni, nampaknya ramai yang teruja dengan berita tersebut. Tidak kurang juga yang mendoakan agar urusan perniagaan beliau memperoleh kebaikan dan dipermudahkan oleh Allah SWT.