Dua individu dilaporkan cedera ringan apabila kereta dinaiki mereka terjunam dari tingkat tiga ke tingkat dua tempat letak kenderaan di sebuah pusat beli-belah kompleks Asia City di Kota Kinabalu pada Ahad, 25 Disember.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa lelaki berusia 24 tahun dan rakan wanitannya, 30, mengalami kecederaan ringan.

Menurut Ordine Gilu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 10.56 pagi.
Menurutnya, seramai 13 anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh empat kilometer dari BBP Kota Kinabalu.
Kereta Toyota Vios yang dipandu telah terbabas di tingkat tiga tempat letak kenderaan lalu melanggar tembok sebelum terjunam ke tingkat dua bangunan berkenaan.

“Terdapat dua mangsa masing-masing lelaki dan wanita terlibat dalam kejadian itu mengalami kecederaan ringan dan telah keluar sendiri dari kenderaan berkenaan”
“Mangsa yang cedera dihantar ke hospital menggunakan ambulans”
Selepas pasukan bomba memastikan tiada lagi bahaya di kawasan berkenaan, operasi ditamatkan pada jam 11.59 pagi.
Sumber: Sinar Harian