fbpx

Penyanyi rock wanita Malaysia, Ella sememangnya terkenal dan telah menempa nama dalam bidang hiburan dari tahun 80-an lagi.

Tindakan Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 57 memadam semua gambar di laman Instagramnya mencetuskan tanda tanya ramai.

Ella juga ada membuat hantaran seakan memberi bayangan seakan-akan mahu meninggalkan dunia seni buat selama-lamanya dengan mengucapkan terima kasih buat peminatnya.

Menurt laporan mStar, wakil pengurusannya yang dikenali sebagi Peah juga tidak dapat memastikan perkara tersebut kerana perkara itu datang daripada penyanyi itu sendiri.

Peah bagaimanapun yakin yang pelantun lagu Sembilu itu tidak mungkin akan mengundur diri sebagai penggiat seni dalam masa terdekat.

“Saya pun tidak boleh nak komen panjang tentang tindakan memadam semua gambar di IG itu kerana ia adalah dari hati Ella sendiri. Rasanya lebih baik dia sendiri yang memberi jawapan.
“Saya tidak pasti apa yang terbuku di hatinya sekarang ini. Namun sebagai pihak pengurusan rasanya tidak mungkin dia akan mengundur diri kerana nama Ella sudah cukup sinonim dalam industri muzik,” katanya.

Peah juga memberitahu kapsyen tersebut mungkin untuk menunjukkan tanda penghargaan atas sokongan peminat termasuk generasi baharu yang meminati lagu nyanyiannya.

Jelas Peah, Ella sangat terharu dengan sambutan peminat ketika menjayakan persembahan di sebuah acara di Tawau, Sabah baru-baru ini.

“Ketika kami tiba di Tawau, ramai peminat yang sudah menunggu di lapangan terbang. Semasa di hotel pun mereka datang kerana Ella berada di sana.”

“Pada malam acara tersebut, sambutan amat menggalakkan. Itu yang membuatkan Ella sangat terharu dan sebak kerana orang masih meminatinya.”

Menjengah ruangan komen, ramai yang meluahkan penghargaan buat artis tersebut, termasuklah rakan-rakan artis yang lain.

Sumber: mstar (Farol Hadi), Instagram @ellaaminuddins

[fbcomments]