fbpx

Kalau korang masih ingat pada awal tahun lalu mengenai kisah awek cendol yang dikenali sebagai Nija atau nama penuhnya Nur Naziha Tahang yang mahukan semangkuk cendol ketika panas terik menjadi viral di media sosial gara-gara pertuturan manjanya bersama teman lelaki.

Punyalah viral kisah dorang ni sehinggakan mereka dijemput ke beberapa rancangan temu bual. Malah, video dorang juga turut menjadi bahan parodi netizen serta selebriti.

Bagaimanapun, hubungan mereka terputus beberapa bulan kemudian dan memilih haluan masing-masing.

Hari terus berganti dan bekas kekasihnya yang dikenali sebagai Muhd Aiman Amar sudah menemui penganti dalam hidupnya dan kini sudah pun bergelar suami kepada Nur Fazwa Atasha baru-baru ini.

Mungkin kerana terlalu gementar, Aiman telah tersasul ketika melafazkan akad dengan mas kahwinnya Rm3.00 sambil disusuli dengan gelak tawa tetamu yang hadir.

Difahamkan mereka berkenalan setahun yang lalu menerusi respon di Insta Stories. Semoga perkahwinan berkekalan ke Jannah.

[fbcomments]