Kemesraan antara penyanyi Amira Othman dan anak tirinya, Nur Fatima Aisya, menarik perhatian ramai sejak pasangan itu bergelar suami isteri pada Ahad lalu.

Fattah Amin Dedah Gelaran Anak Untuk Ibu Tiri, Amira Othman Disapa ‘Aunty Mira’

Menjawab persoalan tersebut, Fattah mendedahkan bahawa Fatima selesa menggunakan panggilan “Aunty Mira” untuk Amira. Katanya, perkahwinan mereka masih baharu, maka belum ada gelaran mesra lain yang digunakan.

Pendedahan itu dibuat ketika Fattah mengadakan siaran langsung di TikTok pada malam Isnin, yang turut menyaksikan sokongan serta pujian netizen terhadap pasangan pengantin baharu tersebut.

Dalam sesi itu juga, Fattah berkongsi bahawa keserasian bersama Amira membuatkan rumah tangga mereka terasa tenang dan harmoni. Menurutnya, kedua-dua mereka mempunyai pandangan hidup dan prinsip agama yang seiring, sekali gus memudahkan perbincangan dalam pelbagai perkara.

“Asasnya agama dan tujuan hidup. Bila itu sama, yang lain akan ikut seimbang,” katanya.

Untuk rekod, Fattah dan Amira sah bergelar suami isteri dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Sepang, Selangor pada 14 September lalu.

Sebelum ini, Fattah pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Nur Fazura pada 2017 sebelum bercerai pada Oktober 2024, hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya.

Kredit: mStar

 

 

[fbcomments]