fbpx

Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan tentang seorang wanita Brazil yang didakwa membawa seorang mayat lelaki tua, dipercayai bapa saudaranya ke bank untuk menandatangani surat pinjaman menggunakan nama lelaki tersebut.

Bawa Mayat Bapa Saudara Ke Bank

Memetik laporan WION News, difahamkan wanita terbabit dikenali sebagai Erika de Souza Vieira Nunes, 42, telah membawa bapa saudaranya ke sebuah bank di Bangu, Rio de Janeiro dengan menggunakan kerusi roda untuk membuat pinjaman sebanyak $3,400 (kira-kira lebih RM15,400).

Erika turut dilihat bercakap dengan bapa saudaranya yang ketika itu kelihatan pucat sambil bertanya kepadanya sama ada dia boleh mendengar atau tidak. Malah Erika juga cuba memegang kepala bapa saudaranya yang lentok beberapa kali.

Menurut Ketua Polis dan Pegawai Penyiasat iaitu Fábio Luiz Souza, beliau memaklumkan bahawa suspek telah mengetahui lelaki terbabit sudah meninggal dunia dan beliau terkejut kerana ianya adalah kes pertama yang terjadi sepanjang 22 tahun beliau menjadi polis.

Katanya, lelaki itu disahkan sudah meninggal dunia sewaktu mangsa dibawa masuk ke dalam bank berkenaan dan suspek hanya berpura-pura mayat itu masih hidup.

Pihak polis telah menahan wanita terbabit dan mereka kini sedang menyiasat kes berkenaan disamping mengenal pasti pertalian hubungan kedua-dua individu tersebut.

Kredit: WION News, X AJEnglish

[fbcomments]