Sepanjang tempoh PKP, para gelandangan di ibu kota telah ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara bagi mengelakkan mereka mendapat jangkitan Covid-19 apabila berada di tempat terbuka.
Selain diberikan bantuan, mereka turut diberi perhatian oleh pihak atasan. Oleh itu, mereka semua disarankan untuk memulakan kehidupan baru selepas tempoh PKP tamat.
Inisiatif keluar dari hidup bergelandangan
Susulan daripada itu, atas kerjasama beberapa agensi seperti Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah membuka peluang pekerjaan buat mereka.
Bermula semalam sehingga Selasa depan, mereka semua akan diberi peluang untuk hadiri temuduga bagi jawatan-jawatan di agensi yang disebutkan dengan gaji kira-kira RM1,200 sebulan.
Justeru itu, menerusi Facebook Menteri Wilayah, sudah ramai yang menyahut seruan tersebut dengan mendengar taklimat berkenaan temuduga yang bakal mereka hadiri.
Semoga dengan inisiatif tersebut membantu mereka menjana pendapatan dan merubah diri menjadi insan yang lebih positif.