Pelawak dan pelakon, Along Cham, mengesahkan akan memfailkan pengesahan lafaz taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi, di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor.

Keputusan itu diambil selepas mendakwa isterinya telah melanggar beberapa perkara yang dipersetujui dalam perkahwinan mereka.

Gelar Isteri Mak Lampir, Along Cham Bakal Failkan Pengesahan Taklik

Menurut Along, atau nama sebenarnya Muhammad Nazimudin Ahmad, 42, tindakan ini dibuat selepas pelanggaran serius yang didakwa melibatkan ketidakjujuran dan ketidakpatuhan isterinya terhadap tanggungjawab dalam rumah tangga.

“Sebelum ke mahkamah untuk failkan pengesahan itu, saya perlu dapatkan beberapa dokumen penting seperti sijil nikah termasuk kad pengenalan saya yang masih dalam simpanan mak lampir (gelaran kepada Afreena).

“Dia langgar taklik itu beberapa bulan yang lalu iaitu pada tahun lepas. Buat masa sekarang saya tak boleh nak cerita panjang sebab semuanya masih belum selesai,” katanya ketika ditemui.

Along menjelaskan usaha untuk memfailkan kes tersebut sebenarnya telah dirancang sejak Disember lalu, tetapi tertangguh kerana dia ditahan pihak berkuasa atas dakwaan berkaitan bahan terlarang.

“Sepatutnya saya nak fail pada 16 Disember lalu tetapi malangnya saya ditahan pihak polis pada 14 Disember (2024).

“Jadi, ini adalah tindakan pertama saya lakukan selepas keluar dari madrasah (penjara) semalam,” katanya lagi.

Pelawak itu turut mendakwa isterinya, yang digelar secara sinis sebagai ‘Mak Lampir,’ masih menyimpan beberapa dokumen penting seperti sijil nikah dan kad pengenalan miliknya.

Along mengakui perjalanan rumah tangganya penuh dengan ‘plot twist’ seolah-olah sebuah drama. Walaupun baru sembilan bulan mendirikan rumah tangga selepas hampir sembilan tahun menduda, hubungan mereka sudah tidak dapat diselamatkan.

“Saya sampai tahap sudah habis sayang rumah tangga saya. Saya juga sudah beri peluang dan mengejutkan dia tetap langgar, saya tak sangka.

“Mengenai kecurangan isteri, saya tak boleh buat huraian, tapi orang ketiga itu memang wujud. Cuma, ini bukan ke arah curang. Banyak kali dan macam-macam dia buat dekat belakang saya.

“Saya tak nak ulas panjang tentang isu ini, tetapi apa yang berlaku di belakang saya sangat mengecewakan. Banyak kali saya cuba bertahan, tetapi akhirnya saya sampai ke tahap habis sayang terhadap rumah tangga ini,” ujarnya.

Sekadar info, Along dan Afreena mendirikan rumah tangga pada April 2024 selepas Along hampir sembilan tahun menduda.

Kredit: Mstar

[fbcomments]