Gara-gara menunjukkan imej kartun kononnya ia Nabi Muhammad semasa mengajar di dalam kelas, akhirnya seorang guru di Perancis mati ditetak.
Mangsa ialah seorang guru yang mengajar subjek sejarah dan ketika kejadian beliau membincangkan kartun Nabi Muhammad SAW.
Walau bagaimanapun, penyerang tersebut telah mati ditembak polis apabila mereka cuba menahannya. Beliau mati akibat kecederaan yang dialaminya.
Menurut sumber rasmi, penyerang tersebut sempat melaungkan “Allahu Akbar” semasa polis cuba menahannya.
Serangan tersebut berlaku di pinggir Paris pada pukul 5 petang berdekatan sebuah sekolah di Conflans St Honorine yang terletak 30km dari ibu negara Perancis.