fbpx

Zul Yahya, pelakon yang pernah menghiasi industri seni suatu ketika dahulu telah tampil membuat naik satu kenyataan menyeru penggiat seni supaya meninggalkan industri hiburan.

Carilah pekerjaan yang lebih diredai Allah

Lebih 20 tahun bergelar anak seni, Zul menyeru penggiat seni terutamanya pekerja belakang tabir untuk meninggalkan industri hiburan dan mencari pekerjaan yang lebih diredai oleh Allah SWT.

Zul menyifatkan pekerjaan dalam industri hiburan dipenuhi dengan dosa dan industri tersebut hanya memikirkan keuntungan pihak-pihak tertentu sahaja.

Zul turut mendakwa dalam industri hiburan turut berlaku rasuah dan salah guna kuasa untuk kepentingan individu tertentu.

“Saya nak syorkan kepada sahabat-sahabat, jom kita ubah kehidupan kita. Industri ini tak bawa ke mana-mana, tak ada keberkatan, kita banyak mana pun rasa tak cukup. Industri ini dipimpin sangat-sangat lari dari kehendak Allah SWT.

Apa yang ditayangkan pun tak berkat

Kita tahu banyak kaki ampu, berpuak-puak dan juga banyak pentingkan diri sendiri, banyaknya rasuah, bila mereka ada kuasa salah guna dan penuhkan diri untuk nafsu mereka,” katanya.

Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Yahya juga mendakwa penerbit, pengarah, stesen TV dan banyak pihak tak ambil berat soal keberkatan.

Katanya, apa yang ditayangkan pun tak berkat, apatah lagi yang mengusahakan produk terbabit. Justeru, Zul menyeru kepada pekerja terbabit untuk ambil peluang ubah cara hidup dan undur diri.

Sementara itu, pelakon, Yana Samsudin turut memberi respon berkenaan kenyataan yang didakwa oleh Zul yang mana beliau sama sekali tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan.

Lain padang, lain belalang

“Lain padang lain belalang. Sepanjang saya shooting boleh je break solat, puasa je, bilik make up dan salin baju pun asing dengan lelaki, makan katering orang Melayu juga, halal, ada break solat Jumaat, ada break silent masa azan. Ada production tiap jumaat cuti.

“Saya nak baca skrip pun duk dalam kereta sorang sorang, tak bertempur tampar dengan lelaki bukan mahram pun. Setiap skrip mesti ada moralnya, kalau tak mana mana stesen tv yang nak siarkan. Mana lulus proposal.”

Yang penting pembawakan diri

Menurut Yana lagi, sebenarnya apa pun pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang individu itu yang penting ialah pembawakan diri.

Bila dapat payment (bayaran gaji) dari kerja industri seni, bayar zakat, bantu keluarga dan orang juga.

“Saya pun bukan sempurna jugak, tapi lama kelamaan kita berubah kearah kebaikan…asalkan kerja halal, tak mencuri merompak.

Haram ke hasil kami?

“Jadi saya tegaskan, ianya adalah ilmu hidup dan teras agama diri sendiri. Bukan faktor pekerjaan sesorang. Tak adil untuk orang yang betul-betul mencari rezeki untuk menyara hidup tetapi masih mengekalkan jati diri anak Islam tapi dilabel sedemikian…abistu haram ke hasil kami selama ini?

“Terapkan yang positif dan keberkatan insyaAllah…Allah lidung iman kita. Wallahualam,” – Yana Samsudin.

Sekadar kongsi pengalaman

Walau bagaimanapun, menurut Zul, apa yang dikongsi itu berdasarkan pengalaman pernah dilaluinya mnceburi kerjaya seni selama 20 tahun.

Katanya, melalui pengalaman terbabit membuatkan dia akhirnya nekad mengundur diri meninggalkan industri seni dan berubah mencari rezeki lebih berkat.

[fbcomments]